Selasa, 24 November 2009

Ragam Ayat - Ayat Perintah

Ayat Permintaan (要求)
1) Tolong (请帮)
2) Minta (请)

Ayat Larangan (禁止)
1) Jangan
2) Usah

Ayat Silaan (邀请)
1) Jemput
2) Sila

Ayat Suruhan (命令)

Ahad, 1 November 2009

Kata Hubung (连接词)

  • bukan sahaja...bahkan juga (不但...而且)
contoh ayat:-
Anita bukan sahaja cemerlang dalam pelajaran, bahkan juga berjaya dalam bidang sukan.

  • makin...makin (越来...越)
contoh ayat:-
Penyakit Mak Piah makin hari makin pulih.

  • sungguhpun...tetapi(虽然...但是)
contoh ayat:-
Sungguhpun En. Zaki seorang ahli politik yang kaya, tetapi beliau tidak sombong.

  • oleh yang demikian (即使如此)
contoh ayat:-
Dia bercita-cita untuk menjadi seorang doktor pakar apabila dewasa kelak. Oleh yang demikian dia bertekad akan belajar dengan bersungguh-sungguh mulai sekarang.

Rabu, 21 Oktober 2009

Surat Kiriman Tidak Rasmi

Soalan:-
Kamu ingin mengajak sahabat kamu yang tinggal di Kuala Lumpur datang ke rumah kamu pada cuti sekolah yang akan datang. Tulis surat tersebut.
Latihan dibuat oleh:- Shirley Lim (Taman Tropika, Gua Musang)
__________________________________________
.................................................PT 4095 Kampung Rin,
.................................................18300 Gua Musang,
.................................................Kelantan.

.................................................20 Oktober 2009


Menemui sahabatku Chan Kwai Ying yang kini berada di Kuala Lumpur semoga sihat sejahtera.

Sahabatku,
...........Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk mengajak saudari datang ke rumah saya pada cuti sekolah yang akan datang.
...........Seandainya saudari tidak mempunyai rancangan lain dan bersetuju datang ke rumah saya, saya boleh menjemput saudari di stesen keretapi.
...........Buat pengetahuan saudari, di sini pada masa itu nanti adalah musim menuai padi. Pada masa itu, bolehlah saudari melihat sendiri bagaimana penduduk menuai padi dan memproses beras secara tradisional.
...........Saya juga akan membawa saudari ke parit-parit di sekeliling sawah untuk memancing ikan serta bermain layang-layang. Tentu saudari akan gembira berada di sini nanti.
...........Saya berharap saudari sudi datang ke kampung saya.

...........Sekian, terima kasih.

..................................................................Sahabatmu,
..................................................................Shirley Lim

Isnin, 19 Oktober 2009

Bandingan Semacam

  1. cantik seperti bidadari
  2. tinggi seperti galah
  3. lurus seperti bendul
  4. malas seperti keldai
  5. gemuk seperti badak
  6. angkuh seperti merak
  7. bodoh seperti lembu
  8. hitam seperti arang
  9. keras seperti batu
  10. takut seperti tikus
  11. pucat seperti mayat
  12. pahit seperti hempedu
  13. masam seperti cuka
  14. laju seperti kilat
  15. kurus seperti lidi
  16. adil seperti hakim
  17. berani seperti harimau
  18. besar seperti gajah
  19. kuat seperti badang
  20. wangi seperti bunga
  21. rajin seperti semut
  22. panas seperti api
  23. tajam seperti sembilu
  24. masam seperti cuka
  25. masin seperti garam
  26. manis seperti madu
  27. kuning seperti kunyit
  28. ligat seperti gasing
  29. miskin seperti pengemis
  30. hitam seperti arang

Ahad, 18 Oktober 2009

Bahagian C

Setiap pagi, Khalid akan membantu ibunya menyediakan sarapan pagi untuk mereka sekeluarga. Khalid dan adik-adik menikmati sarapan mereka bersama-sama ibubapa dengan gembira. Mereka dididik agar makan dengan tertib. Selepas itu Khalid dan adik-adik pergi menunggu bas di hadapan rumah mereka. Khalid membaca buku sementara menunggu bas tiba. Setelah beberapa minit kemudian bas pun tiba, Khalid memberi laluan kepada adik-adiknya dahulu untuk menaiki bas. Selepas itu, barulah Khalid menyusur menaiki bas untuk ke sekolah.

Jawapan:-
Sebagai seorang anak, kita patut sentiasa membantu ibubapa di rumah. Kita hendaklah beradap sopan ketika menikmati makanan. Kita haruslah bertanggungjawab menjaga adik-adik kita dan berdisiplin ketika menaiki bas. Kita sebaiknya menghargai masa dengan melakukan perkara-perkara yang berfaedah.

Sabtu, 17 Oktober 2009

Nilai-nilai murni

  1. Berdisiplin
  2. Menjaga kebersihan
  3. Sopan santun
  4. Bertanggungjawab
  5. Bersyukur
  6. Berjimat cermat
  7. Prihatin
  8. Mengenang jasa
  9. Rajin berusaha
  10. Baik hati
  11. Berdikari
  12. Taat
  13. Belas kasihan
  14. Mengakui kesalahan
  15. Berterima kasih
  16. Berhemah
  17. Menghormati
  18. Rasional
  19. Bersimpati
  20. Kasih sayang
  21. Murah hati
  22. Yakin
  23. Belas kasihan
  24. Jujur
  25. Adil dan saksama
  26. Tolenrasi
  27. Bermuafakat
  28. Perpaduan
  29. Ikhlas
  30. Tabah dan sabar


Mulakan dengan... Ayat ke-2 & ke-3 Akhiri dengan...

Kita perlu... Kita perlulah... Kita sebaiknya...
Kita harus... Kita haruslah... Kita seharusnya...
Kita patut... Kita hendaklah... Kita seelok-eloknya...
Kita wajib... Kita mestilah... Kita sepatutnya...
Kita wajar... Kita patutlah... Kita sebaik-baiknya...
Kita mesti...