Rabu, 21 Oktober 2009

Surat Kiriman Tidak Rasmi

Soalan:-
Kamu ingin mengajak sahabat kamu yang tinggal di Kuala Lumpur datang ke rumah kamu pada cuti sekolah yang akan datang. Tulis surat tersebut.
Latihan dibuat oleh:- Shirley Lim (Taman Tropika, Gua Musang)
__________________________________________
.................................................PT 4095 Kampung Rin,
.................................................18300 Gua Musang,
.................................................Kelantan.

.................................................20 Oktober 2009


Menemui sahabatku Chan Kwai Ying yang kini berada di Kuala Lumpur semoga sihat sejahtera.

Sahabatku,
...........Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk mengajak saudari datang ke rumah saya pada cuti sekolah yang akan datang.
...........Seandainya saudari tidak mempunyai rancangan lain dan bersetuju datang ke rumah saya, saya boleh menjemput saudari di stesen keretapi.
...........Buat pengetahuan saudari, di sini pada masa itu nanti adalah musim menuai padi. Pada masa itu, bolehlah saudari melihat sendiri bagaimana penduduk menuai padi dan memproses beras secara tradisional.
...........Saya juga akan membawa saudari ke parit-parit di sekeliling sawah untuk memancing ikan serta bermain layang-layang. Tentu saudari akan gembira berada di sini nanti.
...........Saya berharap saudari sudi datang ke kampung saya.

...........Sekian, terima kasih.

..................................................................Sahabatmu,
..................................................................Shirley Lim

1 ulasan:

  1. Salam,

    Kini terdapat cara yang mudah menguruskan surat yang banyak dengan penggunaan Sistem Pengurusan Surat

    BalasPadam