Ahad, 18 Oktober 2009

Bahagian C

Setiap pagi, Khalid akan membantu ibunya menyediakan sarapan pagi untuk mereka sekeluarga. Khalid dan adik-adik menikmati sarapan mereka bersama-sama ibubapa dengan gembira. Mereka dididik agar makan dengan tertib. Selepas itu Khalid dan adik-adik pergi menunggu bas di hadapan rumah mereka. Khalid membaca buku sementara menunggu bas tiba. Setelah beberapa minit kemudian bas pun tiba, Khalid memberi laluan kepada adik-adiknya dahulu untuk menaiki bas. Selepas itu, barulah Khalid menyusur menaiki bas untuk ke sekolah.

Jawapan:-
Sebagai seorang anak, kita patut sentiasa membantu ibubapa di rumah. Kita hendaklah beradap sopan ketika menikmati makanan. Kita haruslah bertanggungjawab menjaga adik-adik kita dan berdisiplin ketika menaiki bas. Kita sebaiknya menghargai masa dengan melakukan perkara-perkara yang berfaedah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan